Sunday, May 8, 2011

IBU RATU HATI KU..



HEPPY MOTHER DAY...


Selamat menyambut hari ibu sedunia...aku ucapkan pada semua ibu,umi,ma,mama,mak,mummy dan apa jua panggilan yang anda panggil pada orang yang melahirkan korang semua..ingat lah tanpa ibu tiada lah kta di dunia ni..


aku pun inginm mengucapkan ''SELAMAT HARI IBU'' pada ma aku yang  di kampung sekarang ni...semoga ma panjang umur dan sihat walafiat selalu...


sempena dengan ini aku letakkan sini lirik lagu yang paling popular untuk ibu-ibu kita...


Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian

Dan aku


Bagai purnama gerhana


Di ibarat lautan kering


Tiada tempat ku layarkan


Hasratku ini


Masih belum sempat


Kubuktikannya kepadamu


Ibu tersayang


Kucurahkan rasa hati


Ku tatapi potret mu berulang kali


Kurenungkan kalimah yang diberi


( 1 )


Tuhan Yang Esa


Ampuni dosa ibu


Tempatkan mereka


Di antara kekasih kekasihMu


( 2 )


Oh! Ibu


Kau kasih sejati


Kutaburkan doa


Untukmu ibu


( 3 )


Ampunilah dosaku


Sejak ku dilahirkan


Hingga akhir hayatmu


Saat ini


Kuteruskan hidup


Tanpa bersamamu ibu


( ulang 1, 2, 3 )


Ibu...

lagu ni nyanyian mamat exist...lagu ni mmg popular zaman aku kecik2 dulu...


Wednesday, May 4, 2011

ASMARA 1 ATAU 2...



Entry kali ni aku ulas pasal drama bersiri yang top kat TV3 sekarang ni...apa lagi kalau bukan slot lestari 'ASMARA 2'.. Drama ni aku mula ikut dari musim pertama lagi..bagi aku la...drama ni ok la..banyak main emosi penonton...aku sebagai cikgu sastera, komen aku drama ni berjaya la tarik penonton untuk mengikuti perjalanan ceritanya tu..lagu-lagu dalam drama ni pun best..


banyk lagu-lagu dari band-band popular seperti sixsense, ada band dan banyak lagi penyanyi solo..lagu dengan cerita ni macam 'ngam' atau 'masuk' dengan perjalanan cerita dalam drama ni..sebabnya ada sesetengah cerita tu, lagu ja syok tapi jalan ceritanya ntah pe pe..


lagu yang paling best ialah lagu 'menyesal' dari kumpulan malaysia iaitu 'SIXSENSE" dan lagu 'syurga cinta' dari kumpulan dari indonesia iaitu 'ADA BAND"..memang best giler lagu ni...bak kata...kalau sekali dengar dah terpikat...mungkin juga drama asmara ni naik ratingnya disebabkan lagu nya la kot..maybe juga oleh pelakon-pelakonnya kot..sebab pelakon dalam drama ni tak kurang hebatnya seperti Faezah Elai dan Shah Jazle....walaupun kedua-duanya masih baru dalam dunia drama ni..tapi bakat yang ditunjukkannya tu dah macam pelakon profesional...masing-masing dapat dan pandai menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali.dengan riak dan mimik muka serta emosi yang ditunjukkan oleh pelakon utama drama asmara ni...telah menjadikan penonton bersama-sama menyelami kisah drama ini dengan begitu asyik sekali.

Thursday, April 28, 2011

AISHITERU...




Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali





KOMEN: 


walaupun banyak perkataan dalam lirik lagu kurang difahami oleh aku...bahasa indonesia kot.. sb tu kurang faham... hehe
 tapi lirik ni sungguh puisi dan sedap dihayati...nama lagu ni pun pelik...dalam bahasa jepun lagi..first aku dengar lagu , aku dah terpikat dengan melodi dan seni kata indah nya tu..walaupu band ni still baru tapi lagu ni telah meng 'hit' kan band diorang...syabas pada band ni..
***** bintang aku bagi kat lagu ni..hehe

Wednesday, April 27, 2011

STRESS NYER....


lama sudah tak update blog ni...banyak sangat aktiviti bulan ni..tak sempat nk update entry blog..huhu
kerja cikgu ni sekarang bukan mcm cikgu-cikgu zaman aku dulu...kerja cikgu sekarang mengalahkan kerja kerani konon...hehe..minggu ni minggu exam pertengahn tahun...jadi kena buat soalan untuk student-student kesyangan aku ni...


stress ke jadi cikgu ni???


bagi aku la itu bergantung pada diri kita masing-masing menerima setiap tugasan tu..huhhh...tp ada juga time stress dan ada juga time tak stress...


emmmm....bahaya kalau selalu stress ni...orang kata kalau lah kita selalu stress dalam kerja, nanti lama-lama boleh jadi kurang waras???? betul ke tak fakta ni??


mintak-mintak jangan lah jadi macam tu...ke tanjung rambutan la kita ni...


banyak cara boleh kita hilangkan stress kita tu...yang penting kita kena la selalu happy dan enjoy dalam buat kerja tu dan juga jangan lah terlampau serius...cuba try suka  dan buat lawak skali skala...kalo tak pandai pun tengok la raja atau maharaja lawak..boleh juga kita curi-curi idea lawak diorang tu...hehehe

Friday, April 22, 2011

LIRIK LAGU GOTTA KEEP READING....


Lyrics:
Gotta Keep Reading
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good good
book to read
Ooo hoo
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good good
book to read
Pick up that book
And turn the page
Youll never know
Just what youll find
Information
Or Fantasy
Drama and Art
All make you smart!
I know that youll have a ball
If you turn off the TV and just read them
all
Just think, with a book youll be so
entertained
OMS has the best readers in F.L.A
Fill up my mind
With non fiction
Lets get the facts
And use them up
Collaborate
Graduate
Feed your brain
And then well just keep on reading
And reading and reading and reading and
reading
And reading and reading
Lets read it some more
Reading and reading and reading reading
reading
Keep reading and reading and reading
Gotta Keep Reading
Ooo hoo
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good good
book to read
Ooo hoo
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good good
book to read
I got my book!
Do you have yours?
What is the title?
And whos it by?
Where is it set?
Maybe in Spain?
Is it fiction?
Or is it real?
Will it be happy?
Or maybe sad?
Lets see what happens
By reading on
Open that book
And have a look
Its an adventure
So keep on reading that book
********************************

Keep reading and reading and reading and
reading
And reading and reading
lets read it some more
Read it and read it and read it read it read
it
And read it and read it and read it read it
read it read it
Here we come, here we go we gotta read
(read read read)
Easy come easy go now we cant stop
Fill that shelf with those books
Way to the top
Round and round
Read those books
Around the clock
Action, Sci-Fi, Humor, Adventure
Biography, Reality, Mystery and Fantasy
Read read read read read it up
What ever you like
Read those Sunshine States
Take those Reading Counts
Gotta Keep Reading
Ooo hooo
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good good
book to read
Ooo hoo
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good book
Cause this books gonna be a good good
book!
Ohh hoo..

JOM BACA BUKU VERSI RAP..Ocoee Middle School - Gotta Keep Reading

Thursday, April 21, 2011

AWAS!!..DANGER DANGER...

Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.

Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.

Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.

Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.

Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam.

Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning".

Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang.


Tuesday, April 19, 2011

EXAM ITU PERLU??



Exam perlukan dalam hidup kita???
mesti ada yang keliru kan...mestikah kita kena hidup dalam exam sepanjang hidup kita...
mana-mana tempat dalam dunia ada exam...semuanyer berorientasikan peperiksaan...

try kita fikirkan insan mana kah yang mencipta exam ni???  salah satu darinya mestilah cikgu-cikgu kita kan...
menjawab peperiksaan susah...tapi membuat soalan sebenarnya lagi susah...betul ke??
cikgu memerah otak bagi menghasilkan soalan yang berkualiti yang selaras dengan pelajarnya...
sebab kalau soalan yang tak televan diajukan...objektif tak akan tercapai....betul tak??

Sunday, April 17, 2011

AWAS...BLOG AKAN DIHAPUSKAN???




Fakta tentang BlogspoDahulunya Blogspot ini merupakan antara perkhimatan pertama yang dibeli oleh Google. Tapi sehingga kini blogspot masih boleh diakses menggunakan email perkhidmatan yang mereka gunakan dahulu sebagai contoh; email yahoo.com. Namun, kini Google telah hampir menamatkan akses bagi perkhidmatan email lain untuk log in ke Blogspot. 

Blog akan dipadam Pihak Google akan memadam Blogspot yang didaftar selain daripada gmail selepas 25 Jun 2011. Jadi, bagi mereka yang masih menggunakan email yang lama, anda perlu bertukar ke akaun Google atau akaun anda akan dipadam bersama-sama blog yang telah didaftarkan. Google kini memberikan penekanan serius untuk mendaftar menggunakan akaun Google selepas 8 tahun memberikan perkhidmatan sokongan akaun lain. Amaran berbentuk begini juga telah diberikan bagi pengguna Youtube...

CIKGU OH CIKGU...



Dalam entry kali ni aku just nak ceritakan pengalaman aku berkursus selama seminggu..first aku dapat tau aku kena pergi kursus tu,aku memang terkejut...macam-macam alasan yang aku bagi kat ketua bidang..yea la kan kursus yang tiada kaitan dengan subjek kita ajar di sekolah..jadi buat pe pergi..tapi walau pun 1001 alasan yang aku bagi, pengetua dan ketua bidang tetap suruh aku pergi juga..

jadi, aku pun pergi la berkursus selama seminggu di Institut Pendidikan Guru di Kampus Tawau..hari pertama berkursus, aku dapat satu pengalaman baru..lecture yang bagi kursus tu seorang yang lucu giler..selama 2 jam aku suka tak henti..
 dalam kursus tu juga aku kena berlakon, menyanyi dan macam-macam lagi la..tapi walaupun malu aku tetap buat dan aku jadi seronok pula..dengan adanya kawan-kawan baru..aku rasa beruntung pula dapat join kursus ni.. seminggu aku berkursus..banyak ilmu yang aku dapat yang mana sebelum ni aku kurang tau..

memori bersama kawan-kawan baru memang indah..suka bersama sambil berlakon bersajak bergurindam bersama-sama..

Tuesday, April 12, 2011

KACAK ATAU TAMPAN?? WANITA ATAU PEREMPUAN?

Topik yang saya ingin kupaskan dalam entry kali ni adalah mengenai tanggapan kita pada seseorang mengikut pemahaman kita...banyak perkataan yang selama ini sering kita baca dan dengar tapi jarang kita fikir..walaupun pada kita perkataan tersebut nampak macam sama tapi sebenarnya beza maksudnya...

contohnya KACAK dan TAMPAN... bagi pemahaman kita kacak dan tampan itu adalah sesuatu yang sama iaitu menggambarkan cerminan seorang lelaki pada mata kita..tapi sebenarnya kacak dan tanpam adalah sesuatu yang berbeza pemahamannya. iaitu kalau seseorang itu dipanggil kacak itu bermaksud lelaki itu kacak pada rupa paras sahaja, ini berbeza dengan tampan iaitu menggambarkan keseluruhan fizikal lelaki tersebut..kerana sesetengah situasi ada lelaki yang kacak tapi tak tampan kerana boroi...hehehe ada juga lelaki yang tampan tapi tak kacak kerana dari segi pemakaiannya bergaya tapi tak pada wajahnya...

ini juga sama bagi perkataan WANITA dan PEREMPUAN...adalah berbeza..bagi saya perkataan wanita hanyalah untuk menggambarkan seseorang yang baik..contohnya wanita solehah...tapi kalau kita gunakan perempuan solehah..macam kasar kedengar bunyinya kan..tapi kalau untuk perkataan perempuan biasanya untuk menggambarkan kurang baik..contohnya perempuan kaberet...perempuan simpanan..dll..try kita gunakan wanita kaberet atau wanita simpanan macam tak sesuai kan..

itu pada pemahaman saya..kalau dari pemahaman anda, macam mana??

Monday, April 11, 2011

CERITA TENTANG KAWAN...



Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Saturday, April 9, 2011

HUJUNG MINGGU..

Hujung minggu adalah hari yang paling kita semua tunggu-tunggukan (termasuklah aku)hehe..sebabnya apa? Hujung minggu la kita dapat berehat puas2 dari bebanan kerja kita. Aktiviti yang paling aku suka buat ttime hujung minggu ialah tidooo sepuas puasnya..pastu bangun makan dan tidoo lagi.aktiviti yang tak sihatkan? Kadang kadang tu ada la sekali sekala aku pergi jogging tapi malas yang lebih,awal2 ak kerja dulu penah gak main badminton tapi sebab penat kerja,makin lama makin jarang main..last last lansung tak main.
Bagi yang kerjanya sebagai cikgu,hari minggu amat bermakna kerana hari minggu sajalah hari yang betul betul kita boleh berehat,yu kalau tak ada kursus hari minggu ler.. Hehe.
Sabtu kelmarin sekolah aku ada buat kursus pengendalian jenazah,bagus gak kursus ni,banyak ilmu dapat kita ambol.ilmu fardu kifayah buat umat islam,banyak gak gambar gambar yang sempat aku tangkap,nanti ada waktu yang terluang,aku upload dalam blog ni.
Kurus ni memang real sebab menggunakan model manusia betul,jangan plak terkejut,maksud aku bukan mayat yang betul tapi pelajar aku yang menjadi model 'mayat' tu,jadi cikgu cikgu yang ikuti kursus tu boleh betul betul menghayati dan memahami isi kandungannya.
nanti jangan lupa lawat blog ni untuk tengok gambar gambar kursus pengurusan jenazah..

Friday, April 8, 2011

STUDENT OR STUPID??.

Dalam post kali ni aku bukanlah nak menceritakan tentang keaiban student aku sendiri tetapi kadang-kadang tu perangai diorang agak melampau pada cikgu diorang..(termasuk aku la tu)..tapi bukan semua student berperangai 'kurang' ajar dengan cikgu diorang..ada juga yang memang hormat giler la dengan cikgu dia sampai cikgu lalu pun lari...tapi kalo dah macam ni pun susah gak kan..

benda yang nak aku sampaikan ni adalah skit-skit yang boleh mencarik-carikkan perasaan diorang yang nak jadi cikgu tu..betul lah ada sesetengah orang cakap yang student sekarang jauh bezanya dengan student zaman-zaman kita dulu..kalau zaman kita dulu nampak ja cikgu lalu terus menggigil tu...sebabnya nape?? terlampau takut dan hormat...biarpun cikgu tu masih muda dan tidak garang.. tetapi zaman sekarang???? jauh panggang dari api...kadang-kadang student kita langgar ja bahu kita time jalan..bukannya diorang tak nampak kita..tak logik la tak nampak..tapi tu tandanya diorang lansung tak ada rasa hormat pada kita sebagai cikgunya...

tu baru sikit ada lagi yang lebih teruk..ada sesetengah tu panggil cikgunya dengan nama lagi..ada yang berbahasa kasar lagi..macam la cikgu tu kawan baiknya konon..kadang-kadang tu ada la juga rasa marah tapi kena tahan sebab kalo student kita pukul..kita yang kena balik..zaman sekarang biasa la..semua terbalik...

ada sesetengah kes dimana guru dipukul, guru nyaris kena raba, kena rogol, guru kena ugut...yang paling best kita dengar kereta guru kena calar..tu kes yang paling popular..

kadang-kdang pelik kalau kita pikir kan balik..tak ke student tu terpikir yang cikgu ni sanggup berhabisan untuk mengajar diorang tapi apa balasan yang kita dapat sebagai cikgu?? memanglah kita dibayar gaji  tapi kalau ikutkan tekanan dan bebanan kerja yang makin banyak...berbaloi ke?? setiap hari kena maki , kena jeling kat student kita..tapi cikgu tak pernah berdendam..sanggup lagi ajar diorang...

kalau lah ada pelajar yang terbaca entry ni...try la pikir-pikir...setinggi mana [un ilmu kita tapi kalau kita tidak hormat cikgu kita...tak berkat ilmu tu...kalau tak ada cikgu...tak ada la orang cerdik pandai dalam dunia ni..tapi sekarang jasa dan pengorbanan guru makin dilupakan dan makin didengki orang ramai yang masih lagi tak faham-faham tugas guru..

Wednesday, April 6, 2011

UNIT BERUNIFORM DI SEKOLAH..KU..MACAM-MACAM ADAAAA..HEHE



 ni lah diantara unit-unit beruniform yang ada kat sekolah aku..unit beruniform ni diadakan pada setiap hari rabu..(hari paling penat) sebab balik jam 4.30pm...pastu kena ajar kawad lagi..tapi enjoy la kot..wakakaka

ni la antara guru-guru di sekolah tempat aku mengajar..semuanyer macam kakak-kakak aku..wakaakakaka..hujung paling kiri tu cikgu maslinda...single lagi tau..hehe..yang kedua kak fahmi..udah kawen..anak dh 3..tapi stil mcm anak dara..yang ketiga tu kak siti nor..ketua bidang matematik...garang tapi baik hehe..yang keempat tu..paling tinggi ialah kak nurul..ketua panitia bahasa..cikgu nurul ni..baik gilerrrr...macam mak-mak kalu mengajar..(student yang cakap)..yang paling last..sebelah aku tu ialah kak safar..ketua bidang teknik dan vakasional..dan yang paling hujung tu adalah akuuuu...bapak polisi...(inspektor) konon la..haha



cikgu yang ke empat dari kiri ialah kak rodiyah...orang penang tu...dan kak yang paling last sebelah aku tu adalah kak sha..oire kelate...


ceeewahhhh...posing mengalahkan polis..hahaaa


gaya seorang polis berpangkat inspektor...(bila lagi boleh pakai baju ni..time ni la..)...hahaha

Monday, April 4, 2011

MAJLIS PERTUNANGANKU...HEHE

Majlis aku bermula pada 27 haribulan Mac 2011, jam 10.00 pagi. Rombongan sebelah pihak aku diwakili oleh kakak dan abang ipar aku diterbangkan khas dari kuala lumpur dan selain itu cikgu-cikgu dari sekolah aku.

yang pegang sireh junjung tu adalah kak darmawati...semua exited...mengalahkan aku plak..hehe..paling lucu pada hari tu hujan lebat giler..jadi semua persiapan dilakukan betul-betul depan pintu rumah bakal tunang aku..hehehe...

ni la kakak aku...teruja la kot..firs time jadik wakil ma abah aku dari kampung..pasni kena berlakon jadi orang tua la kot..hehe..kak ha dan kak dar pun teruja sama..

dulang dan hantaran dibawa masuk dalam rumah...semua cikgu-cikgu sekolah aku teruja..hehe

ni la dulang yang aku akan tukarkan nanti..aku bawak 7 dulang dan akan ditukar dari pihak perempuan sebanyak 9 dulang..semua perhiasan tu aku yang buat sendiri tau...lawa tak???

yang paling lucu..setelah semua rombongan masuk dalam rumah..masing-masing mendiamkan diri sebab tiada wakil untuk bercakap..masing-masing tunjuk menunjuk..haha..semua takut sebab xde pengalaman katakan..dekat 15 minit gak berbincang senyap-senyap..


aku bersama atok bakal tunang aku...bekas cikgu ni..baik hati..sporting lagi..pandai buat lawak...



ni la wakil ketua rombongan pertunangan aku...cikgu roshdi..orang kampung aku ni..pasir mas...walaupun mula-mula nak start malu-malu tapi alhamdullah akhirnya berjaya juga..katanya tak biasa...tapi lancar jar..pekat sabah lagi..


adengan jeling menjeling...(dalam hati tak paham apa diorang cakap..bahasa sabah..pekat lagi..) maklumlah kakak aku ni tak penah jumpa orang sabah sebelum ni..first time ni..jadi terkejut la kot..hehe


sessi menyarungkan cincin..aku diwakili oleh kakak aku..kalo tak de..aku pun boleh kot..hehe


sedondon kan..hehe..aku time tu malu-malu sebenanrnya..hehe..try fokus belakang aku tu..tu la abang ipar aku...kekenyangan kot..hehe


Saturday, March 19, 2011

CUTI-CUTI MALAYSIA




ni aiskrim paling sedap penah aku makan setakat ni..aiskrim starwberry hand made..aku makan aiskrim ni kat starwberry garden n hotel kat kundasang..kat hotel ni ada disediakan ladang strawbeery, memang best tengok pokok strawberry ditanam..kat ladang tu bukan saja ada pokok strawberry tp pohon anggur, epak n taman rose... hand made maksudnya buatan sendiri dipetik trus dari ladang..sedap giler..memang strawberry dia dalam tu banyak..atas bawah penuh dengan strawberry..harga semangkuk ni dalam rm6.50..bak kata aiskrim ni kandungan strawberry dia dalam ni kira-kira 90%..ais just 10% ja..


ni la rombongan geng aku pi jalan-jalan..semuanya 3 bijik kete...savvy, avanza dan saga putih tu..



gambar kuda yang seakan-akan gagah la kunun ni aku ambik di salah sebuah restoran di puncak bukit di kota belut..banyak patung2 di sekitar restoran ni..pelik gak aku tengok..ntah pe pe..


Sedih rasanya cuti sekolah seminggu tak dapat balik kampung terCINTA...hajat di hati memang mahu balik kampung tetapi biasa la kerja banyak..memang kalo di ikutkan kerja memang tak akan habis..
 cuti seminggu ni aku banyak habiskan masa untuk menyiapkan barang-barang majlis aku..semua aku uruskan sendiri...majlis jauh dari keluarga memang macam ni..kalo kat kampung semua mak yang uruskan tapi kalau kat cini..mak tak ada...jadi mau tak mau aku kena uruskan majlis yang makin hampir..

setakat ni alhamdullah semua berjalan lancar..alhamdullah Allah permudahkan urusan aku membina masjid ni..dalam cuti seminggu ni satu hari aku ada kelas tambahan kat sekolah untuk tingkatan 5, satu hari lagi aku buat stapler kertas soalan untuk GM sekolah..dalam dekat-dekat 200 skrip tp mujur ada budak-budak asrama tolong aku..

cuti selebihnya aku pergi kota kinabalu untuk uruskan sijil tapisan keselamatan aku di wisma persekutuan..sambil tu aku gunakan waktu di KK tu untuk merehatkan minda dan jiwa aku..cuci-cuci mata di pantai SIMPANG MENGAYAU di KUDAT..pantai terpat pertembungan dua lautan iaitu laut cina selatan dengan laut sulu..pantai ni berada di paling hujung negeri sabah...dan dikenali juga sebagai 'TIP of BORNEO'
semalam aku di kudat dan selebihnya aku menginap di KK..di kampung air..

di KK aku tengok wayang...lama sudah aku tak menonton wayang..citer ' I'M NUMBER FOUR'...memang best..berbaloi tengok sorang-sorang...

okay lah setakat ni...nanti aku akan update lagi blog ni...salam...

Sunday, February 27, 2011

DI SAAT AKU MENCINTAI DIRI MU...

Lirik Dadali Band : Disaat Aku Mencintaimu

Mengapa kau pergi, Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu,
berharap engkau jadi kekasih hatiku,
Malah kau pergi jauh dari hidupku,

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Menyendiri lagi, Menyendiri lagi,
Di saat kau tinggalkan diriku pergi,
Tak pernah ada yang menhiasi hariku,
Di saat aku terbangun dari tidurku,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencintai dirimu,
Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta…….

Semoga engkau kan mengerti,, tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta
Maaf sungguhku tak bisa, untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai, akan indahnya cinta

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku,
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta,

Aku inginkan diri mu, datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu, aku sangat mencinta..............

Friday, February 25, 2011

MY CAT...






Ni la peneman aku kat umah sewa..my Cat. kucing ni asalnya aku ambik kucing jalanan yang datang umah aku 2tahun lepas..masa tu kecik lagi...dan tersangat lah kurusnya..firs aku tengok terus aku terpikat dan bercita-cita nak bela..mula-mula aku bagi makan dia jual mahal dan selalu lari dari umah aku...tapi lepas seminggu hilang dia datang balik umah aku...mayby sebab dia dah betul-betul percaya kat kat aku kot..sejak dari hari tu aku mula la jaga dia...mandikan dia..bagi makan dan beli sangkar untuk dia..tapi makin lama makin besar dan akhirnya aku lepas bebas kat dalam umah aku..bukan main suka lagi dia..

walaupun kucing kampung tapi berselera barat ni..xsuka makan ikan rebus..katanya kalau makan mesti muntah sebab tak pandai buang tulang..dalam seminggu dalam setin wiskas dia makan..aku campur wiskas tu dengan nasi..

Kucing aku ni namanya c SunShine..nama ni kawan aku yang bagi..kawan aku ni seorang yang amat dan teramat sukakan kucing..aku pun suka kucing..dari kecik lagi aKU suka bela kucing..sanggup xtido kalau tgk kucing..

c sunshine ni makan mahal sikit..biasa la kucing bandar kunon..aku ajar c sunshine ni makan wiskas dari kecik sampai la dah besar panjang..sebab tu la dia ni tak biasa makan tulang ikan...tapi walaupun makan wiskas c sunshine ni suka tangkap tikus dan sebarang benda yang berjalan..aku pun boleh kata setiap hari nk terjatuh sebab dicakar-cakarnya kaki aku semasa naik tangga...tapi biasa la...kucing manja...

satu yang special c sunshine ni yang buat aku suka ialah waktu aku kerja...dia sanggup tunggu aku  balik  kerja di atas pagar rumah aku setiap hari..kalau dia nampak ja keta aku nak masuk pagar umah...cepat-cepat dia tunggu di depan pintu umah aku...bak kata dia memang dah dapat kesan aku dari jauh lagi..tu yang buat aku sayang betul kat c sunshine ni..

satu lagi tabiat dia ialah suka diteman ketika makan...kalau aku tak tengok dia makan...alamat jawabnya sikit ja dia makan...tak berselera kot..tapi kalau ja aku tengok dia makan...dia akan makan sampai habis tu...sampai perut buncit..kalau dah terlamapau kenyang..aku ajak main pun dah xmau...baring ja kerja dia...bukan atas lantai tapi atas kusyen empuk lagi..

walau pun housmate aku tak berapa sukakan kucing aku ni...tapi aku tetap pertahankan c sunshine aku..banyak jasa dia kat umah ni...tikus dah xde...dikejarnya...tapi c sunshine tak makan tikus tu...dia main sampai lah tikus tu mati..

c sunshine ni aku dah ajar dia buang najis kat dalam tandas...pandai dia..macam paham ja apa aku cakap..dulu dia suka kacau aku semasa solat, tapi aku selalu marah dia dan larang dia sentuh aku ketika aku solat...lama-lama macam paham pula...dia masuk ja bilik aku dan tengok aku solat...dia just duduk dan baring ja tepi sejadah aku tu sambil main sorang...dia tak sentuh pun aku..baru aku tau c sunshine ni paham rupanya...lagi la aku sayang kat dia..

MY CAT...






Ni la peneman aku kat umah sewa..my Cat. kucing ni asalnya aku ambik kucing jalanan yang datang umah aku 2tahun lepas..masa tu kecik lagi...dan tersangat lah kurusnya..firs aku tengok terus aku terpikat dan bercita-cita nak bela..mula-mula aku bagi makan dia jual mahal dan selalu lari dari umah aku...tapi lepas seminggu hilang dia datang balik umah aku...mayby sebab dia dah betul-betul percaya kat kat aku kot..sejak dari hari tu aku mula la jaga dia...mandikan dia..bagi makan dan beli sangkar untuk dia..tapi makin lama makin besar dan akhirnya aku lepas bebas kat dalam umah aku..bukan main suka lagi dia..

walaupun kucing kampung tapi berselera barat ni..xsuka makan ikan rebus..katanya kalau makan mesti muntah sebab tak pandai buang tulang..dalam seminggu dalam setin wiskas dia makan..aku campur wiskas tu dengan nasi..

Kucing aku ni namanya c SunShine..nama ni kawan aku yang bagi..kawan aku ni seorang yang amat dan teramat sukakan kucing..aku pun suka kucing..dari kecik lagi aKU suka bela kucing..sanggup xtido kalau tgk kucing..

c sunshine ni makan mahal sikit..biasa la kucing bandar kunon..aku ajar c sunshine ni makan wiskas dari kecik sampai la dah besar panjang..sebab tu la dia ni tak biasa makan tulang ikan...tapi walaupun makan wiskas c sunshine ni suka tangkap tikus dan sebarang benda yang berjalan..aku pun boleh kata setiap hari nk terjatuh sebab dicakar-cakarnya kaki aku semasa naik tangga...tapi biasa la...kucing manja...

satu yang special c sunshine ni yang buat aku suka ialah waktu aku kerja...dia sanggup tunggu aku  balik  kerja di atas pagar rumah aku setiap hari..kalau dia nampak ja keta aku nak masuk pagar umah...cepat-cepat dia tunggu di depan pintu umah aku...bak kata dia memang dah dapat kesan aku dari jauh lagi..tu yang buat aku sayang betul kat c sunshine ni..

satu lagi tabiat dia ialah suka diteman ketika makan...kalau aku tak tengok dia makan...alamat jawabnya sikit ja dia makan...tak berselera kot..tapi kalau ja aku tengok dia makan...dia akan makan sampai habis tu...sampai perut buncit..kalau dah terlamapau kenyang..aku ajak main pun dah xmau...baring ja kerja dia...bukan atas lantai tapi atas kusyen empuk lagi..

walau pun housmate aku tak berapa sukakan kucing aku ni...tapi aku tetap pertahankan c sunshine aku..banyak jasa dia kat umah ni...tikus dah xde...dikejarnya...tapi c sunshine tak makan tikus tu...dia main sampai lah tikus tu mati..

c sunshine ni aku dah ajar dia buang najis kat dalam tandas...pandai dia..macam paham ja apa aku cakap..dulu dia suka kacau aku semasa solat, tapi aku selalu marah dia dan larang dia sentuh aku ketika aku solat...lama-lama macam paham pula...dia masuk ja bilik aku dan tengok aku solat...dia just duduk dan baring ja tepi sejadah aku tu sambil main sorang...dia tak sentuh pun aku..baru aku tau c sunshine ni paham rupanya...lagi la aku sayang kat dia..

RINDU SETENGAH MATI...

Lirik Lagu D'Masiv ft Kevin - Rindu Setengah Mati
Lirik Lagu D'Masiv - Rindu Setengah Mati (Feat Kevin
Vierra) d'Masiv - Rindu 1/2 Mati

Aku ingin engkau ada disini
menemaniku saat sepi
menemaniku saat gundah

berat hidup ini tanpa dirimu
ku hanya mencintai kamu
ku hanya memiliki kamu

Reff:
aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
aku rindu setengah mati

meski tlah lama kita tak bertemu
ku slalu memimpikan kamu
ku tak bisa hidup tanpamu

aku rindu setengah mati kepadamu
sungguh ku ingin kau tahu
ku tak bisa hidup tanpamu
aku rindu

Thursday, February 24, 2011

OFFICE KU..


Meja ni la tempat aku buat segala kerja-kerja aku dan merangkap tempat aku lepak kot setiap hari dan setiap masa waktu yang terluang..meja aku ni ringkas ja..bak kata orang ala kadar jer..tapi yang penting tempat ni best..orang tak nampak apa yang aku buat..sebbnya ada dinding merah tu la..

biasa la kalau dah namanya cikgu..kalau atas meja xde buku latihan, xde kertas soalan,xde buku teks..tu bukan cikgu la tu..satu lagi meja ni agak bersepah sikit..biasa la..xde masa nak kemas..busy memanjang...haaha

Monday, February 21, 2011

SEBELUM DAN SELEPAS...


pada post yang sebelum ni aku ada post kan gambar sarang burung merbah ni ketika bertelur...lawa jer 2 bijik telur yang bersarang si pinggir tangga sekolah aku..


hari ni aku dh update kan gambar ni..pagi tadi aku pergi skali lagi di sarang burung tu..tengok-tengok dah menetas rupanya telur tu..tapi sayang hanya sibijik saja yang menjadi...sebijik lagi xde jodoh di dunia ni..mayb dh dimakan biawak atau rosak telur tu..harap-harap burung n anak burung ni dapat hidup bebas di luar sana..pencinta alam kan...hehee..aku penah gak terlintas mau bela burung ni..tapi pikirkan komitmen yang ada kurang...tak jadi lah..nanti kalau lah mati anak burung tu..tak kena berdosa aku nanti..jadi biarkan lah burung ni hidup bebas beterbangan di angkasa raya...

Sunday, February 20, 2011

MINGGU PENENTUAN...RESULT SPM..


Peta dunia ni la aku duk ajar student-studentku supaya duk ingat benua n negara yang ada dalam dunia ni..sebab bagi student aku yang diorang tau just kampung mereka ja..try ja tanya katne Teluk Intan...diorang boleh jawab kat Johor...ada ke patut..aku sebagai guru geografi diorang berasa amat bersalah ni..sebab tu la aku tak jemu-jemu suruh diorang hafal negara dan negeri yang ada dalam dunia ni..jangan ingat negeri diorang jer..




InsyaAllah minggu ni keluar lah result SPM yang dinanti-nantikan oleh bekas student ku..tapi macam aku pla yang terlebih exited...padahal bukan aku yang amik exam..camne la result kertas geografi aku ni..aku risau sebab tahun lepas adalah tahun pertama aku ajar..jadik lebih kurang result SPM ni hasil tuaian aku yang pertama la...arap2 A smua..InsyaAlllah..



arap-arap student aku semua berjaya macam student ni...semua skor A...caya la lu...



buku-buku ni la aku duk ngadap setiap hari dan waktu...nampak macam boring tapi kalao dah minat...syok beb!!!...aku ja syok sdiri tapi student aku susah bebenor nak bawak buku teks kat sekolah...alasan diorang kata aku dah bagi nota, jadi buat apa bawa buku teks lg...lgpun beratkan beg ja..pandai betul budak2 zaman sekarang..kalau lah zaman aku dulu...tengok cikgu pun dah kecut perut,ni kan nak menjawab...

Saturday, February 19, 2011

TENGOK CITER-CITER TERBARU KAT BLOG NI..

kat dalam ni ada link U TUBE citer-citer terbaru filem melayu..arap korang enjoy,k..

Hantu Kak Limah Balik Rumah Part 7 of 7.

Hantu Kak Limah Balik Rumah Part 6 of 7.

Hantu Kak Limah Balik Rumah Part 5 of 7.

Hantu Kak Limah Balik Rumah Part 4 of 7.

Hantu Kak Limah Balik Rumah Part 3 of 7

Hantu Kak Limah Balik Rumah Part 2 of 7.

Hantu Kak Limah Balik Rumah Part 1 of 7

Jangan Pandang Belakang Congkak 2 (2010)

Aku Masih Dara (2010)

Ngangkung Full Movie

HOBI AKU SEPENUH MASA...MENDOWLOAD CITER...



citer ni salah satu citer bersiri kegemaran aku masa kecik-kecik dulu...banyak betul musim dia..seingat aku 1-8..aku dh download musim 1,2 dan 8 baru..musim seterusnya on the way kot..lambat nak dowload citer ni..


citer superman smallville ni aku suka giler..asalkan citer superhero atau kisah-kisah ajaib,mesti jadi kegemaran aku..aku dah download musim 7,8 dan 9..




citer merlin pun aku suka..sebab merlin ni ada kuasa ajaib...sakti la konon..aku pun terus la download semua musim citer ni dari musim 1-3..



citer roswell ni aku kurang ingat kisah dia...mayb sebab dah terlalu lama ditayangkan kat tv2 la seingat aku..tapi citer dia syok gak..pasal UFO kan..aku tengah download sekarang ni full season 1-3..




salah satu kartun kegemaran aku masa kecik-kecik dulu adalah kartun ni..syok betul tengok kartun ni..biasanya ditayangkan dalam jam 4.30 pm kot kalau tak silap la..yang paling best musik tema dia tu..jadi ikutannnn....





kartun ni aku kurang ariff sangat tapi yang buat aku berminat men download adalah sebab ala-ala super hero..macam kartun BEN 10 kot..lepas aku tengok iklan dalam channel cartoon network, terus aku download cartoon ni first season dia..



citer ni best gak..tapi sekejap ja ditayangkan kat tv3..seingat aku season 1 ja kot..tapi jalan citer dia best gak..boleh layan la..sebab aku minat adalah ada kuasa ajaib la..hehe aku dah download full season citer ni dari season 1-3..




citer yang paling best ditayangkan kat tv sekarang adalah citer ni la..aku memang peminat setia..aku dh download dari episod 1-15 dah..tapi walaupun aku download setiap episod,aku tetap jugak tengok kat tv..sebab tengok dalam laptop tak syok macam tengok dalam tv...btl kan...


selain citer-citer diatas ni...seingat aku dh berpuluh-puluh movie terbaru dari tahun 1995-2011 aku download..dah nak penuh hard disk aku tu dengan iter-citer..bak kata semua ada la citer yang korang tengok kat panggung tu..tapi semua citer mat salleh ja..sebab aku kurang minat sangat dengan citer-citer melayu ni..bak kata orang 'streotaip'...nanti kalau ada masa aku senaraikan citer-citer yang dah aku download...banyak..kalau nak kira memang tak terkira...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...