Sunday, May 8, 2011

IBU RATU HATI KU..



HEPPY MOTHER DAY...


Selamat menyambut hari ibu sedunia...aku ucapkan pada semua ibu,umi,ma,mama,mak,mummy dan apa jua panggilan yang anda panggil pada orang yang melahirkan korang semua..ingat lah tanpa ibu tiada lah kta di dunia ni..


aku pun inginm mengucapkan ''SELAMAT HARI IBU'' pada ma aku yang  di kampung sekarang ni...semoga ma panjang umur dan sihat walafiat selalu...


sempena dengan ini aku letakkan sini lirik lagu yang paling popular untuk ibu-ibu kita...


Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian

Dan aku


Bagai purnama gerhana


Di ibarat lautan kering


Tiada tempat ku layarkan


Hasratku ini


Masih belum sempat


Kubuktikannya kepadamu


Ibu tersayang


Kucurahkan rasa hati


Ku tatapi potret mu berulang kali


Kurenungkan kalimah yang diberi


( 1 )


Tuhan Yang Esa


Ampuni dosa ibu


Tempatkan mereka


Di antara kekasih kekasihMu


( 2 )


Oh! Ibu


Kau kasih sejati


Kutaburkan doa


Untukmu ibu


( 3 )


Ampunilah dosaku


Sejak ku dilahirkan


Hingga akhir hayatmu


Saat ini


Kuteruskan hidup


Tanpa bersamamu ibu


( ulang 1, 2, 3 )


Ibu...

lagu ni nyanyian mamat exist...lagu ni mmg popular zaman aku kecik2 dulu...


Wednesday, May 4, 2011

ASMARA 1 ATAU 2...



Entry kali ni aku ulas pasal drama bersiri yang top kat TV3 sekarang ni...apa lagi kalau bukan slot lestari 'ASMARA 2'.. Drama ni aku mula ikut dari musim pertama lagi..bagi aku la...drama ni ok la..banyak main emosi penonton...aku sebagai cikgu sastera, komen aku drama ni berjaya la tarik penonton untuk mengikuti perjalanan ceritanya tu..lagu-lagu dalam drama ni pun best..


banyk lagu-lagu dari band-band popular seperti sixsense, ada band dan banyak lagi penyanyi solo..lagu dengan cerita ni macam 'ngam' atau 'masuk' dengan perjalanan cerita dalam drama ni..sebabnya ada sesetengah cerita tu, lagu ja syok tapi jalan ceritanya ntah pe pe..


lagu yang paling best ialah lagu 'menyesal' dari kumpulan malaysia iaitu 'SIXSENSE" dan lagu 'syurga cinta' dari kumpulan dari indonesia iaitu 'ADA BAND"..memang best giler lagu ni...bak kata...kalau sekali dengar dah terpikat...mungkin juga drama asmara ni naik ratingnya disebabkan lagu nya la kot..maybe juga oleh pelakon-pelakonnya kot..sebab pelakon dalam drama ni tak kurang hebatnya seperti Faezah Elai dan Shah Jazle....walaupun kedua-duanya masih baru dalam dunia drama ni..tapi bakat yang ditunjukkannya tu dah macam pelakon profesional...masing-masing dapat dan pandai menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali.dengan riak dan mimik muka serta emosi yang ditunjukkan oleh pelakon utama drama asmara ni...telah menjadikan penonton bersama-sama menyelami kisah drama ini dengan begitu asyik sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...