Wednesday, May 4, 2011

ASMARA 1 ATAU 2...



Entry kali ni aku ulas pasal drama bersiri yang top kat TV3 sekarang ni...apa lagi kalau bukan slot lestari 'ASMARA 2'.. Drama ni aku mula ikut dari musim pertama lagi..bagi aku la...drama ni ok la..banyak main emosi penonton...aku sebagai cikgu sastera, komen aku drama ni berjaya la tarik penonton untuk mengikuti perjalanan ceritanya tu..lagu-lagu dalam drama ni pun best..


banyk lagu-lagu dari band-band popular seperti sixsense, ada band dan banyak lagi penyanyi solo..lagu dengan cerita ni macam 'ngam' atau 'masuk' dengan perjalanan cerita dalam drama ni..sebabnya ada sesetengah cerita tu, lagu ja syok tapi jalan ceritanya ntah pe pe..


lagu yang paling best ialah lagu 'menyesal' dari kumpulan malaysia iaitu 'SIXSENSE" dan lagu 'syurga cinta' dari kumpulan dari indonesia iaitu 'ADA BAND"..memang best giler lagu ni...bak kata...kalau sekali dengar dah terpikat...mungkin juga drama asmara ni naik ratingnya disebabkan lagu nya la kot..maybe juga oleh pelakon-pelakonnya kot..sebab pelakon dalam drama ni tak kurang hebatnya seperti Faezah Elai dan Shah Jazle....walaupun kedua-duanya masih baru dalam dunia drama ni..tapi bakat yang ditunjukkannya tu dah macam pelakon profesional...masing-masing dapat dan pandai menjiwai watak masing-masing dengan baik sekali.dengan riak dan mimik muka serta emosi yang ditunjukkan oleh pelakon utama drama asmara ni...telah menjadikan penonton bersama-sama menyelami kisah drama ini dengan begitu asyik sekali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...