Friday, February 18, 2011

suka duka bersama...

di sini aku ingin menceritakan kisah aku..
kawan amat penting buat kita..bg aku kawan adalah penting semasa susah dan senang..
semasa aku mendaki gunung kinabalu pada 14-15 februari 2011, pada masa tu baru aku tau pentingnya kawan berada di sisi.. ak tak pernah menyangka aku boleh menawan gunung tertinggi di asia tenggara,walaupun ramai yang tidak yakin dengan kemampuan aku.maklumlah aku ni bukan yang jenis suka bersenam, kerja aku sehari-hari tido tido dan tido je..tp dengan berkat Allah dan hari kelahiran Rasulullah,aku akhirnya berjaya menjejakkan kaki ku di puncak nya..aku amat terharu.

pada masa pendakian tu, aku sering ditinggalkan oleh rakan-rakan pendakian lain kerana aku amat perlahan.
semasa menuruni dari puncak gunung pada jam 07.00am..aku saja yang tertinggal di belakang. semua rakan-rakanku sudah pun jauh meninggalkan aku di depan. aku sedaya upaya untuk bergerak dengan laju akan tetapi kaki aku amat sakit untuk menyentuh lantai gunung yang amat curam tu. hanya Allah yang tau sakitnya kaki ku pada waktu tu. ak tidak kesorangan, mujurlah guide sudi menemani aku dan memberikan ku kata-kata semangat. guide tersebut sebenarnya risau kerana dalam setengah jam lagi menurutnya ribut akan melanda puncak gungu tersebut dan aku dinasihatkan tidak berada di puncak ketika itu. akan tetapi kaki aku tidak membenarkan ak bergerak dengan laju..masa semakin hampir dan hujan turun dengan lebatnya. guide sudah pergi meninggalkan aku di bawah cerun. hanya ak kesorangan dengan tiada seorang pun kawan aku..dengan segala kudrat yang ada pada aku,aku melangkah walaupun kaki aku amat sakit. akhirnya dalam 3jam aku sampai di tempat penginapan sementara. semasa aku berada di atas keseorangan, pada masa itu aku terpikir mana kawan-kawan aku selama ni..baru aku tau kawan semasa suka ramai tapi kawan semasa duka susah dicari biarpun kawan baik kita sendiri.

tapi alhamdullah akhirnya aku berjaya tiba di kaki gunung pada jam 02.45 pm, aku berasa amat bersyukur kerana berjaya mendaki dan berjaya turun dengan selamat biarpun kai aku amat sakit. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...