Saturday, February 19, 2011

OK KOT CERPEN NI...

KASIH SEORANG CIKGU
OLEH : MOHD HAFIZ MOHAMED GHAZALI



Sambutan hari guru sudah dua hari berlalu, pelbagai sambutan yang meriah diadakan untuk meraikan  guru-guru. Semua guru-guru diraikan dengan begitu meriah oleh pelajar-pelajarnya dengan membuat berbagai-bagai persembahan dan ada yang memberi hadiah kepada guru-guru yang disukainya.
Seperti biasa, rutin harianku di SMk Tendong perlu diteruskan dengan dengan menyiapkan rancangan harian untuk mata pelajaran Geografi  selepas selesai mengajar di kelas 4.2 tadi, aku bercadang hendak merehatkan badan sekejap, sebelum masuk ke kelas 4.5 nanti.
 "Aduh!, penat betul hari ini", keluhku.
Otak ku menerawang entah kemana.
"Ah! biarlah hendak kemanapun" hati kecil berkata.
 "Badan aku bukan macam Robocop seperti dalam televisyen tu, tapi kalau robot sekali pun, perlu juga berehat dan direhatkan," ngomel hatiku lagi. Kebetulan pula pelajar-pelajar kelas 4.5 memang tiada di kelasnya lagi, mungkin cikgu sains mereka membuat experiment sains dan belum lagi membenarkan  mereka pulang ke kelas. Kalau tidak,aku kena paksakan diri aku juga masuk kelas sebab nanti aku pulak nanti dimarahi pentadbir kerana masuk lewat ke kelas.

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba mataku terpandang sekeping kad ucapan dan sekotak hadiah yang berbalut kemas di atas mejaku.
“siapa pula ni yang bagi hadiah dengan kad sekali ni,” ujarku dalam hati.
Aku lantas membuka kad ucapan itu dan pengirimnya adalah Izat, bekas anak muridku yang sudah berjaya menjadi seorang nelayan moden yang disegani oleh masyarakat kampung.


Assalamualaikum cikgu,
Ingat lagi cikgu pada saya? Harap cikgu tak lupakan saya ni. Saya minta maaf sebab terlewat mengucapakan Selamat Hari Guru pada cikgu...
Cikgu, pada hari guru ini, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih pada cikgu kerana berjaya menjadikan diri saya seorang yang berguna. Kalau lah tak kerana cikgu dan kawan cikgu tu, tak mungkin saya berjaya seperti hari ini. Saya berharap cikgu bergembira dengan kerjaya yang amat dihormati ni..seorang guru ibarat cahaya bagi segala kegelapan..tanpa cikgu siapa la kami.. akhir kata dari saya semoga cikgu berjaya dalam apa jua yang cikgu buat..kerana bagi saya cikgu la cikgu paling saya hormati..
Sekian
                                                                                                Pelajarmu,
                                                                                                            Izat.

Aku tersenyum kesorangan apabila membaca isi kad tersebut.
 “Izat..Izat, cikgu tak sangka ingat juga kau pada cikgu,” ucapku dengan perlahan-lahan.

                                                ******

 Aku ingat lagi kisah Izat bermula 5 tahun lepas..
Terdengar pelajar memanggil aku "Cikgu!, cikgu!, ada budak bertumbuk kat padang sekolah!". Satu suara kecil kedengaran. "la! Dalam mimpi pun ada budak bergaduh" hati kecilku berkata lagi.
"Cikgu!, Cikgu!, "makin kuat pula bunyi tu, lantas aku tersedar.

"Oh! awak, Nizam kenapa ni? Aku bertanya kepada seorang pelajar yang tercegat dihadapanku. Nizam, seorang pengawas yang berada dihadapanku dengan muka berpeluh-peluh.
 "Buat terkejut cikgu la kamu ni? kenapa macam dikejar hantu ni? " aku bertanya lagi.
 " Lain kali jangan tepuk belakang cikgu, nasib baik tak kena penumbuk sulung cikgu ni, kalau tak free-free mata kamu tu biru, tak payah nak pakai contact  lens lagi ". gurauku pada Nizam.
Aku masih terkejut, nasib baik pengawas tersebut tidak kena penumbuk aku. Sedang aku bermimpi, tiba-tiba bahuku ditepuk,apa lagi terkejut juga aku.

"Maaf cikgu!  ada budak bergaduh kat padang. Cikgu Salman suruh panggil cikgu" kata Nizam.
"Siapa? Teruk ke?" Tanya aku bertalu-talu.
 "Izat dengan Azrul, Cikgu, Nampak macam teruk juga" balas Nizam.
 "berdarah muka si Azrul kena belasah oleh Izat", kata Nizam lagi.

Aku bergegas ke padang yang terletak di tepi bangunan Aspura. Ramai pelajar mengerumuni pelajar yang bergaduh. Suasana gamat, seperti ada pesta. Cikgu Salman sedang membasuh luka pada muka Azrul, Agak serius juga tetapi syukurlah kerana tidak melibatkan mata, cuma kening sahaja yang terkoyak.

“Semua pelajar balik ke kelas!" aku mengarahkan pelajar yang mengerumuni tempat kejadian supaya beredar. Mereka akur dengan arahan aku. Suasana disitu kembali reda.

“Kamu  lagi ! ,tak habis habis kamu ni buat perangai Izat!” kata aku pada Izat.
 Izat hanya diam.
 “Dah la dalam kelas malas, dengan kawan-kawan pun tak boleh berkira”, aku mula berleter. “Jom kita selesaikan dalam bilik disiplin, ". Tanpa banyak bicara aku mengarah Izat mengikuti aku.
 Izat mengekori aku ke bilik disiplin di blok waja. Sepanjang perjalanan, pelajar-pelajar lain mencuri pandang melihat kearah kami.

“Duduk!”  Izat akur dengan arahan cikgu Erwan, cikgu disiplin sekolah itu.
Aku dan Cikgu Salman sama-sama memasuki bilik disiplin. “Izat!, Sudah banyak kali kamu buat masalah di sekolah ini,” Cikgu Erwan membelek fail disiplin dihadapannya.
 Fail bewarna biru itu mempunyai rekod-rekod disiplin pelajar .
" Kali ini dah lima kes gaduh melibatkan kamu. Apa masalah kamu?”  Cikgu Erwan  bertanya Izat.
Tanpa memandang muka cikgu Erwan, Izat mendengus.
"Jawab la! , kamu dengarkan apa yang cikgu Erwan tanya tu”.  Aku mula meradang dengan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh Izat.
 “kau jangan nak biadap Izat! Kau tau tak, kamu tau tak kalau cikgu semua ni tidak halalkan ilmu yang cikgu bagi pada kamu selama ini, sampai tua pun kamu tak berkat dalam hidup. Satu lagi, ia akan menjejaskan masa depan kamu, kalau saya tulis rekod kamu dengan kelakuan buruk, susah kamu nak dapat kerja, sampai tua pun kamu merempat!”.  Aku tak dapat menahan kemarahan ku dengan sikap kurang ajar Izat tersebut.

Bukan saya nak kerja dengan cikgu atau dengan kerajaan!  Jadi kenapa cikgu sibuk-sibuk jaga hal saya? Jawab Izat. Hati aku makin meradang dengan sikap kurang ajarnya . Berani dia menjawab di hadapan cikgu Erwan . Kalaulah aku, sudah lama budak ni kena penampar maut aku ni.  Aku menahan sabar."okay kita tengok!”, guman hatiku.

"Syiappppp!", air muka Izat berkerut tatkala 10 kali rotan hinggap dipunggungnya.
 Aku rasa begitu pedih tetapi bagi pelajar sepertinya, mungkin sudah lali. Setiap minggu, mesti berhadapan dengan guru disiplin. Pendek kata perbincangan utama dikalangan guru-guru ialah tentang sikap Izat. Seorang pelajar miskin, datang daripada keluarga nelayan, ibunya bekerja disebuah kilang di daerah ini. Bapanya bekerja sebagai nelayan, jarang berada di rumah kerana mengikut bot menangkap ikan. Seminggu baru pulang kerumah. Semua urusan berkaitan persekolahan anak-anaknya seramai enam orang diserahkan bulat-bulat kepada isterinya.

Ingat Izat!, jangan kau ulang lagi perkara ni. Ini last warning dari cikgu, kalau berlaku lagi, saya tidak teragak-agak untuk membuang kamu dari sekolah, walaupun saya tahu kamu  akan menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini", sempat cikgu Erwan  memberi nasihat Izat, tanpa mengucapkan sepatah ucapan berlalu keluar sambil menjeling tajam ke arah aku.

Keesokan harinya, seperti biasa aku bersiap-siap untuk ke sekolah. Tapi macam sesuatu akan berlaku, hati ku tak senang. Hati kecil ku seakan-akan cuba memberitahu aku bahawa sesuatu peristiwa akan terjadi. Akan tetapi aku sendiri tidak tahu. Sedang aku bersiap dan menghampiri kereta ku yang dipakir di hadapan rumah sewaku, semacam ada sesuatu lain melekat di kereta kesayanganku itu. Hati aku berdebar-debar dan mindaku  ligat memikirkan bermcam-macam andaian.
“MasyaAllah!” aku terkejut melihat keretaku dicalar-calar oleh benda seakan pisau.
“Angkara siapa la ni!”, kata aku dengan penuh marah.
Tetiba, aku teringat akan Izat. Mungkin dia yang berdendam pada aku kerana perbuatan aku kepadanya tempoh hari. Tapi aku akan siasat terlebih dahulu, tidak boleh main tuduh-tuduh melulu. Perkara ini aku panjangkan kepada Cikgu Erwan dan Zaini sahabatku di sekolah itu. Aku dengan Zaini mula menyiasat siapa yang calarkan kereta aku itu.
Dua hari sudah berlalu sejak kejadian kereta ku dicalar, aku mula memasang perangkap dan mata-mata gelap. Aku melantik Nizam sebagai pengintip aku untuk mencari maklumat sekitar sekolah. Sedang aku menyemak buku-buku latihan yang bertimbun di mejaku, tiba-tiba Nizam datang ke meja ku.
 “ Cikgu, saya tau siapa yang calarkan kereta cikgu tempoh hari, menurut kawan-kawan, mereka nampak Izat berlegar-legar sekitar rumah sewa cikgu pada tempoh hari”. Ujar Nizam dengan bersemangat.
 Aku terkejut, tepat sekali jangkaan aku.
 “ Betul ke apa yang kau cakap kan ni Nizam?”, soal aku pada Nizam.
 “Betul cikgu!, takkan saya pandai-pandai nak reka cerita ni.” Jawab Nizam.
 “ Okay la Nizam, kalau macam tu. Kamu boleh masuk kelas sekarang dan terima kasih atas maklumat kamu itu, okay.” Kata aku pada Nizam.
 “ Baiklah, cikgu”. Balas Nizam sambil beredar meninggalkan aku.

Aku semakin meluat dengan perangainya, tetapi aku bertekad akan mengubah tingkahlaku Izat. Aku sedar, tugas sebagai pendidik, mendidik anak bangsa supaya mereka berjaya,walaupun mereka tidak menghargai usaha guru. Aku masih ingat kata-kata seorang pengetua semasa menjalani latihan praktikum dahulu..

                                       *****

Apa tugas cikgu?" luah kata Cikgu Lee semasa aku mengadap di biliknya.
Sambil menyerahkan sebuah buku bewarna merah , agak tebal kepadaku,
"saya berpegang kepada buku ni",kata cikgu Lee.
 Aku membelek tajuknya.  FIRST DAY  AT SCHOOL.
"Menarik", komen pertama hatiku
"Ambillah, saya dah tolong photostap," pelawa cikgu Lee.
"Terima kasih" Aku meminta diri untuk beredar kerana ada kelas selepas itu.
Aku membelek helaian demi helaian buku itu dan aku mula faham tugas seorang guru. Pepatah mengatakan guru menerangi kehidupan,kekadang ditiup angin, jangan dipadam lilin kerana jika terpadam, gelaplah sebuah penghidupan.
Peperiksaan sudah pun SPM bermula. Semua pelajar telah hadir.
 "Mana Izat?" tanya Cikgu Lili, guru bertugas hari itu.
 Semua pelajar menoleh kearah Cikgu Lili.,
"cikgu, tadi Izat ada kat Kedai Ikan,dok tolong ayah dia", seorang pelajar Zaki memberitahu.
 "La!, bertuah punya budak", lekas pi panggil dia",cikgu Lili menyuruh Cikgu Saiful pergi menjejaki
 "La!, apasal nak kena panggil pulak, kan dia dah tau", protes cikgu Saiful.
 "Pergi la," rayu cikgu LIli.
 "baiklah darling", Cikgu Saiful mengalah.
Cikgu Lili yang comel, memang menjadi perhatian buat guru-guru lelaki disekolah tersebut. Cikgu Lili tersipu-sipu malu di depan anak murid yang ramai tu.

                                                         *****

Kini sudah 5 tahun kisah itu berlalu, bermacam-macam peristiwa dan  gelagat serta perangai pelajar-pelajar nakal yang terpaksa aku telan sepanjang 5 tahun mengajar di SMK Tendong, Pasir Mas. Ramai juga kawan-kawan aku yang dah berkahwin dan berpindah ke kampung halaman dan negeri masing-masing, aku sahaja di kalangan kawan-kawanku yang masing bujang dan tetap setia menabur bakti di sekolah ini. Aku amat sayangkan sekolah ini kerana sekolah ni merupakan bekas sekolah aku, sekolah yang berjaya mengubah aku menjadi manusia yang berguna kepada bangsa aku.

 Kini, aku  sudah bergelar guru cemerlang Geografi  berkat usaha aku bertungkus lumus mendidik pelajar-pelajar ku dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Sedang aku asyik mengelamun mengingati kisah-kisah lama, tetiba aku tersedar dek bunyi getaran dan  lagu Secret  nyanyian kumpulan OneRepublic  dari telefon bimbitku.
 Dari telefon ku itu tertera SMS dari nombor seseorang yang tak dikenali.
 “Hai!, lama tak dengar cerita?", aku terus capai telefon ku dan saja mendail nombor yang tertera pada SMS itu.
 "Assalamualaikum!, siapa di sana?"
suara dihujung gagang serak-serak basah, seperti kukenal. Tak sempat aku memberi salam,suara dalam telefon terlebih dahulu memberi ucapan suci itu.
 "Waalaikummusalam ....siapa ni?" Aku menjawab perlahan.

 "Hik!,Hik!,Hik!," suara yang agak biasa kudengar.
 Lama kucuba mengingati kenangan lama."La! mimpi apa ni. Dah lama tak contact, Lepas pindah balik kampung, dah tak message dengan aku", ngomel aku. Aku baru dapat mengecam suaranya itu.

 Suara serak-serak basah trade mark Cikgu Zaini, sahabatku semasa di sekolah lama dahulu.
 “Mai kita pi makan", suara dihujung talian terus bersuara.
 "Lama tak dengar berita?, Dah kawin ke?, "Soalan cepu emas daripada sahabat lama. "Mentang-mentanglah kau dah kawin dulu dari aku, kau tak bagitau pun aku ni, macam ni la kawan", balas aku.
 "Sorry la bro, bukan aku tak nak bagitau tapi tak sempat la, nanti lah kita sembang panjang lebar, kita jumpa kat tempat biasa okay ". kata Zaini
 “kat mane tu?” Aku bertanya kat sahabat lama ku itu.
 “ Takkan kau dah lupa bro, kat kedai Kak Dah la,” ujar Zaini.
Baru aku teringat, Kedai Kak Dah  yang terletak dihadapan Stesen Bas Pasir Mas, tempat kami menikmati nasi kerabu dan ais kacang,selepas pulang dari sekolah zaman persekolahan dulu-dulu.

Pada hari yang dijanjikan, aku pun pergi ke tempat yang dijanjikan. Dari jauh aku lihat kelibat sahabat lamaku kelihatan tersegih-segih. Badannye agak berisi berbanding dulu yang agak kurus, mungkin selepas berkahwin semula, hidupnya kembali ceria. Sejurus Zaini melihat aku keluar dari kereta Persona SE ku itu, dia terus meluru ke arah aku.

"Kau apa khabar? Sihat", aku menyapa Zaini yang nampak begitu gembira sekali dengan pertemuan ini, Ibarat jejak kasih.
Sedang aku dan Zaini rancak bersembang mengenai kisah kehidupan kami di sekolah masing-masing, tiba-tiba mata aku terpandang satu susuk tubuh yang amat aku kenali sedang mengutip tin-tin kosong yang dibuang oleh peniaga disebuah gerai.
"Zaini,  Zaini, cuba tengok tu?" Aku menunjukkan kearah kedai.
 "Mana?” Zaini bertanya.
"Tu la!," aku terus menunjuk kearah susuk tubuh tak jauh di depan ku itu.
 Entah kenapa dalam banyak-banyak susuk tubuh yang mundar mandir dihadapan kami, perhatian aku terarah kepadanya. Seperti pernah aku Nampak tapi aku lupa-lupa ingat. Otak aku ligat berfikir. Susuk tubuh itu kian menghampiri meja kami.
 "Kita try perhati dulu okay", Cikgu Zaini pun mula perasan kehadirannya. Budak itu semakin menghampiri meja aku.
 "Cik!, kalau dah habis minum air tu, bagi tin kosong tu kat saya", mintanya tanpa rasa segan dan malu.

Sedang asyik menunggu minuman aku dan Zaini, tiba-tiba budak tersebut terpandang wajah kami, kelihatan perubahan drastik riak mukanya, budak itu terkejut yang amat sangat dan seperti hendak melarikan diri dari meja aku. Aku lihat mukanya sudah merah padam menahan malu. Disebalik pakaian yang tidak terurus, memakai selipar jepun sebelah biru dan sebelah merah, rambutnya panjang separas bahu dan berbau hapak, keringat mengalir laju dari tengkuk, kukira mungkin teruk budak ini bekerja. Badannya menampakkan tulang rusuk kerana terlalu kurus.

"Kalau tak silap kamu ni Izat kan?" Cikgu Zaini menyoal.
 "Kenapa  jadi macam ni?" bertalu-talu Cikgu Zaini menyoal.
Aku hanya memandangnya dengan pandangan yang bersimpati ketika ini.
 "Izat dah makan?" aku berpsikologi.
"Emmmmm.." jawab Izat tersekat-sekat.
“kenapa ni?......mai duduk sini!", Cikgu Zaini menarik sebuah kerusi kosong dan memberi kepada Izat.
 "Tak pa la cikgu, saya ada banyak kerja ni", Izzat memberikan alasan.
"Mai duduk dulu". Akhirnya Izat mengalah dan duduk di hadapan kami.
Aku lihat keadaan dirinya begitu kurus, berbeza semasa berada di sekolah dulu. Badannya yang agak berisi, menbuatkan pelajar lain begitu takut kepadanya, ditambahi dengan sifat nakalnya.  Aku menarik Izat untuk memilih lauk. Izat hanya memilih lauk telur rebus dan kuah kari sahaja.
"kenapa ambik sikit? Tambah lagi". aku bermain emosi.
 Lantas aku masukkan seketul ayam goreng bermadu, tiga ekor sotong dan sayur bendi.
"Tak mau cikgu", Izat cuba menolak.
"Ambik la", aku tetap menghulurkan lauk itu padanya, akhirnya dia mengalah.

Aku hanya memilih lauk ikan goreng dan telur asin, manakala Cikgu Zaini hanya memesan air Nescafe O. Kami memilih meja yang agak selesa, dihujung jalan, senang untuk berbual atau untuk psiko budak ini. Kelihatan Izat seperti tidak berselera untuk makan, aku menyapa Izat
 “ Izat makan lah, janganlah malu-malu dengan cikgu okay,”. Aku cuba berbual dengannya.
Selepas agak lama, kelihatan begitu lahap dia makan. Aku tahu, memang dia lapar.
Kelihatan air jernih mengenangi kelopak mata dan akhirnya mengalir menuruni melalui pipinya.

"Pasal apa nangis ni Izat?” Termanggu-manggu Izat mengesat air matanya.
Dia tidak perasan aku dengan Zaini memerhati kannya.
 “saya mintak maaf cikgu! Saya betul-betul mintak maaf atas kesalahan saya pada cikgu dulu”, Izat bersungguh-sungguh memohon maaf dari aku dan Zaini.
Lama juga baru bait-bait kata muncul daripada bibirnya. Cikgu Zaini memberikan kertas tisu. “Ish, apa ni, budak lelaki mana boleh nangis-nangis”, pujuk aku pada Izat.
 “Saya minta ampun cikgu. Kalau lah saya dengar kata cikgu dulu. Saya mungkin.... ”, Izat tak dapat meneruskan kata-katanya kerana terlalu sebak.
Air mata tidak mampu disekat lagi, mengalir terus.
“Sudah la tu Izat, benda dah lepas,” pujuk Cikgu Zaini.
“Tapi cikgu, saya betul-betul sudah insaf, betul apa yang cikgu pernah katakan pada saya dulu. Saya betul-betul tak berkat dalam hidup, saya tak dapat kerja. semua tempat yang saya pergi, tak mau ambik, lepas diorang tengok sijil berhenti sekolah, diorang kata pergi cari tempat lain. Mungkin itu hukuman yang Allah berikan pada orang yang melawan guru macam saya ni kan, cikgu”. Rintih Izat.

 “Abis tu, Izat buat apa lah sekarang ?”, aku bertanya pula.
 “macam yang cikgu nampak la, saya kutip apa yang boleh dijual la.,dapat seringgit dua, buat belanja dan untuk menampung hidup saya ni cikgu”. Kata Izat pada aku.

“Nah Izat!, buat belanja,” aku menghulur sekeping not RM 50 di tangan Izat.
 “Tak apa la cikgu,”€Izat teragak-agak menerima sumbanganku.
 Cikgu Zaini menyeluk poket baju dan turut memberi sekeping not RM 50 kepada Izat. “Izat Buat belanja okay, ingat!, jangan perabis beli rokok pulak!” nasihat Aku.

“Tak cikgu, saya tak merokok” terang Izat.
“ Nak beli macam mana rokok, cikgu. Saya nak makan pun tak ada duit,” wajah Izat kembali ceria.
“Bagus la, kamu belajar lah cara-cara meniaga, Izat. Cuba ubah hidup kamu mulai sekarang. Masih banyak masa lagi untuk kamu berjaya”. kata Cikgu Zaini.
“Terima kasih cikgu,  saya tak sangka cikgu baik hati. Saya ingat cikgu marah kat saya sebab saya budak jahat”. Insaf Izat

 Sambil memeluk bahu Izat,aku memberitahu “Izat, tak ada cikgu yang akan marah kat anak murid dia tanpa sebab yang munasabah, kamu semua saja yang anggap bukan-bukan dan sebab tak suka cikgu tu. Mungkin sebab kamu ikut hati muda kamu tu. Cikgu-cikgu semua dah lama makan garam daripada kamu  semua. Kami lagi gembira kalau tengok kamu semua berjaya dalam hidup. Tugas kami mendidik anak murid supaya berjaya. Kami tak mengharap apa-apa balasan,hanya Allah yang membalas,” nasihat aku kepada Izat.
“Terima kasih cikgu,saya pergi dulu sebab banyak lagi tin-tin kosong yang saya perlu jual hari ni,” Izat bersalam dengan aku dan Zaini dan bergegas pergi dengan gembira.

                   Aku tersenyum sorang-sorang apabila teringatkan kisah anak muridku sorang ini. Sudah 4 tahun kisah itu berlalu. Kini Izat mewarisi pekerjaan ayahnya, akan tetapi Izat lebih maju daripada ayahnya iaitu dengan menjadi seorang nelayan laut dalam yang berjaya, dia mempunyai beberapa buah bot besar dan pekerja sendiri, berkat usahanya bertungkus lumus berusaha selama 4 tahun ini. Aku amat berbangga dengan Izat kerana mempunyai semangat yang tekad untuk berubah untuk keluar daripada belenggu kemiskinannya keluarganya.  Aku berharap pelajar-pelajarku akan menjadi seorang yang berguna kepada bangsa dan Negara dan bukannya menjadi sampah masyarakat. Aku sebagai guru merasa amat berbangga jika salah seorang anak didik ku menjadi orang yang disegani di kalangan masyarakat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...