Tuesday, April 19, 2011

EXAM ITU PERLU??



Exam perlukan dalam hidup kita???
mesti ada yang keliru kan...mestikah kita kena hidup dalam exam sepanjang hidup kita...
mana-mana tempat dalam dunia ada exam...semuanyer berorientasikan peperiksaan...

try kita fikirkan insan mana kah yang mencipta exam ni???  salah satu darinya mestilah cikgu-cikgu kita kan...
menjawab peperiksaan susah...tapi membuat soalan sebenarnya lagi susah...betul ke??
cikgu memerah otak bagi menghasilkan soalan yang berkualiti yang selaras dengan pelajarnya...
sebab kalau soalan yang tak televan diajukan...objektif tak akan tercapai....betul tak??

Sunday, April 17, 2011

AWAS...BLOG AKAN DIHAPUSKAN???




Fakta tentang BlogspoDahulunya Blogspot ini merupakan antara perkhimatan pertama yang dibeli oleh Google. Tapi sehingga kini blogspot masih boleh diakses menggunakan email perkhidmatan yang mereka gunakan dahulu sebagai contoh; email yahoo.com. Namun, kini Google telah hampir menamatkan akses bagi perkhidmatan email lain untuk log in ke Blogspot. 

Blog akan dipadam Pihak Google akan memadam Blogspot yang didaftar selain daripada gmail selepas 25 Jun 2011. Jadi, bagi mereka yang masih menggunakan email yang lama, anda perlu bertukar ke akaun Google atau akaun anda akan dipadam bersama-sama blog yang telah didaftarkan. Google kini memberikan penekanan serius untuk mendaftar menggunakan akaun Google selepas 8 tahun memberikan perkhidmatan sokongan akaun lain. Amaran berbentuk begini juga telah diberikan bagi pengguna Youtube...

CIKGU OH CIKGU...



Dalam entry kali ni aku just nak ceritakan pengalaman aku berkursus selama seminggu..first aku dapat tau aku kena pergi kursus tu,aku memang terkejut...macam-macam alasan yang aku bagi kat ketua bidang..yea la kan kursus yang tiada kaitan dengan subjek kita ajar di sekolah..jadi buat pe pergi..tapi walau pun 1001 alasan yang aku bagi, pengetua dan ketua bidang tetap suruh aku pergi juga..

jadi, aku pun pergi la berkursus selama seminggu di Institut Pendidikan Guru di Kampus Tawau..hari pertama berkursus, aku dapat satu pengalaman baru..lecture yang bagi kursus tu seorang yang lucu giler..selama 2 jam aku suka tak henti..
 dalam kursus tu juga aku kena berlakon, menyanyi dan macam-macam lagi la..tapi walaupun malu aku tetap buat dan aku jadi seronok pula..dengan adanya kawan-kawan baru..aku rasa beruntung pula dapat join kursus ni.. seminggu aku berkursus..banyak ilmu yang aku dapat yang mana sebelum ni aku kurang tau..

memori bersama kawan-kawan baru memang indah..suka bersama sambil berlakon bersajak bergurindam bersama-sama..

Tuesday, April 12, 2011

KACAK ATAU TAMPAN?? WANITA ATAU PEREMPUAN?

Topik yang saya ingin kupaskan dalam entry kali ni adalah mengenai tanggapan kita pada seseorang mengikut pemahaman kita...banyak perkataan yang selama ini sering kita baca dan dengar tapi jarang kita fikir..walaupun pada kita perkataan tersebut nampak macam sama tapi sebenarnya beza maksudnya...

contohnya KACAK dan TAMPAN... bagi pemahaman kita kacak dan tampan itu adalah sesuatu yang sama iaitu menggambarkan cerminan seorang lelaki pada mata kita..tapi sebenarnya kacak dan tanpam adalah sesuatu yang berbeza pemahamannya. iaitu kalau seseorang itu dipanggil kacak itu bermaksud lelaki itu kacak pada rupa paras sahaja, ini berbeza dengan tampan iaitu menggambarkan keseluruhan fizikal lelaki tersebut..kerana sesetengah situasi ada lelaki yang kacak tapi tak tampan kerana boroi...hehehe ada juga lelaki yang tampan tapi tak kacak kerana dari segi pemakaiannya bergaya tapi tak pada wajahnya...

ini juga sama bagi perkataan WANITA dan PEREMPUAN...adalah berbeza..bagi saya perkataan wanita hanyalah untuk menggambarkan seseorang yang baik..contohnya wanita solehah...tapi kalau kita gunakan perempuan solehah..macam kasar kedengar bunyinya kan..tapi kalau untuk perkataan perempuan biasanya untuk menggambarkan kurang baik..contohnya perempuan kaberet...perempuan simpanan..dll..try kita gunakan wanita kaberet atau wanita simpanan macam tak sesuai kan..

itu pada pemahaman saya..kalau dari pemahaman anda, macam mana??

Monday, April 11, 2011

CERITA TENTANG KAWAN...



Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.” Saya lebih selesa dengan berkawan biar berpada jumlahnya, lihat kualiti, bukan kuantiti. Dan berkasih jangan cuma satu saja, kalau mampu, biar ramai. Kasihkan Allah, Rasul-Nya, pasangan (suami/isteri), anak-anak, keluarga, kaum kerabat, jiran dan juga kawan atau sahabat
Dalam Islam, faktor memilih kawan amat dititik-beratkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
1 – Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Setelah kita dewasa, kita juga perlu berhati-hati memilih kawan kerana kita tidak mahu kawan-kawan yang melalaikan kita terhadap Maha Pencipta. Kawan yang baik membantu kita ke arah pencapaian matlamat, iaitu kebahagiaan di dunia dan juga di akhirat. Kawan yang tidak baik hanya membantutkan usaha kita ke arah itu.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti di bawah:
1. Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat yang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
3. Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Saturday, April 9, 2011

HUJUNG MINGGU..

Hujung minggu adalah hari yang paling kita semua tunggu-tunggukan (termasuklah aku)hehe..sebabnya apa? Hujung minggu la kita dapat berehat puas2 dari bebanan kerja kita. Aktiviti yang paling aku suka buat ttime hujung minggu ialah tidooo sepuas puasnya..pastu bangun makan dan tidoo lagi.aktiviti yang tak sihatkan? Kadang kadang tu ada la sekali sekala aku pergi jogging tapi malas yang lebih,awal2 ak kerja dulu penah gak main badminton tapi sebab penat kerja,makin lama makin jarang main..last last lansung tak main.
Bagi yang kerjanya sebagai cikgu,hari minggu amat bermakna kerana hari minggu sajalah hari yang betul betul kita boleh berehat,yu kalau tak ada kursus hari minggu ler.. Hehe.
Sabtu kelmarin sekolah aku ada buat kursus pengendalian jenazah,bagus gak kursus ni,banyak ilmu dapat kita ambol.ilmu fardu kifayah buat umat islam,banyak gak gambar gambar yang sempat aku tangkap,nanti ada waktu yang terluang,aku upload dalam blog ni.
Kurus ni memang real sebab menggunakan model manusia betul,jangan plak terkejut,maksud aku bukan mayat yang betul tapi pelajar aku yang menjadi model 'mayat' tu,jadi cikgu cikgu yang ikuti kursus tu boleh betul betul menghayati dan memahami isi kandungannya.
nanti jangan lupa lawat blog ni untuk tengok gambar gambar kursus pengurusan jenazah..

Friday, April 8, 2011

STUDENT OR STUPID??.

Dalam post kali ni aku bukanlah nak menceritakan tentang keaiban student aku sendiri tetapi kadang-kadang tu perangai diorang agak melampau pada cikgu diorang..(termasuk aku la tu)..tapi bukan semua student berperangai 'kurang' ajar dengan cikgu diorang..ada juga yang memang hormat giler la dengan cikgu dia sampai cikgu lalu pun lari...tapi kalo dah macam ni pun susah gak kan..

benda yang nak aku sampaikan ni adalah skit-skit yang boleh mencarik-carikkan perasaan diorang yang nak jadi cikgu tu..betul lah ada sesetengah orang cakap yang student sekarang jauh bezanya dengan student zaman-zaman kita dulu..kalau zaman kita dulu nampak ja cikgu lalu terus menggigil tu...sebabnya nape?? terlampau takut dan hormat...biarpun cikgu tu masih muda dan tidak garang.. tetapi zaman sekarang???? jauh panggang dari api...kadang-kadang student kita langgar ja bahu kita time jalan..bukannya diorang tak nampak kita..tak logik la tak nampak..tapi tu tandanya diorang lansung tak ada rasa hormat pada kita sebagai cikgunya...

tu baru sikit ada lagi yang lebih teruk..ada sesetengah tu panggil cikgunya dengan nama lagi..ada yang berbahasa kasar lagi..macam la cikgu tu kawan baiknya konon..kadang-kadang tu ada la juga rasa marah tapi kena tahan sebab kalo student kita pukul..kita yang kena balik..zaman sekarang biasa la..semua terbalik...

ada sesetengah kes dimana guru dipukul, guru nyaris kena raba, kena rogol, guru kena ugut...yang paling best kita dengar kereta guru kena calar..tu kes yang paling popular..

kadang-kdang pelik kalau kita pikir kan balik..tak ke student tu terpikir yang cikgu ni sanggup berhabisan untuk mengajar diorang tapi apa balasan yang kita dapat sebagai cikgu?? memanglah kita dibayar gaji  tapi kalau ikutkan tekanan dan bebanan kerja yang makin banyak...berbaloi ke?? setiap hari kena maki , kena jeling kat student kita..tapi cikgu tak pernah berdendam..sanggup lagi ajar diorang...

kalau lah ada pelajar yang terbaca entry ni...try la pikir-pikir...setinggi mana [un ilmu kita tapi kalau kita tidak hormat cikgu kita...tak berkat ilmu tu...kalau tak ada cikgu...tak ada la orang cerdik pandai dalam dunia ni..tapi sekarang jasa dan pengorbanan guru makin dilupakan dan makin didengki orang ramai yang masih lagi tak faham-faham tugas guru..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...